Siapa Putera?

Aku Putera berasal dari Singapura. Aku mula minat musik dari umur aku 12 tahun ketika itu aku baru pertama kali mendengari lagu “Mr.lonely” dari Akon. Saat itulah aku mula berjinak untuk mendengari lebih banyak lagu dan akhirnya aku dapat ciptakan lagu sendiri. Bermulanya tahun 2010 tak silap aku yang bertajuk “Sayangku”. Darah musik memang dari ibuku kerana dia memang minat musik hingga ke saat ini. Namun genre kita berbeza. Dia lebih meminati lagu inggeris dimana aku pula lagu-lagu Melayu Indonesia. Sekian bertahun aku idolakan Charly Van Houten yang dulunya di band St12 dan kini Setia Band. Jadi dia juga memainkan watak yang begitu besar untuk aku. Kalau cakap tentang suara memangkah suara aku tidak sedap akan tetapi aku cubalah ya.