Aku minat lagu indonesia yang bertelo melayu sebenarnya seperti lagu ST12 dan Setia Band. Senang cakap cara Charly bawa ah kan. Indo Pop eh genre. Akan tetapi tu kebanyakkan lagu aku bunyi jauh dari apa yang aku minat. Kelakarkan? Apa nak buat. Kalau korang perasan cara aku bawa lagu aku ni dengan nada yang seperti nak step sexypon ada suara malas pon ada. Akan tetapi itulah hakikatnya diri aku ni. Sebenarnya bukan niat aku untuk penyanyi cuma aku minat bernyanyi dan musik memanglah sesuatu yang aku dekatkan dengan hati aku. Aku lebih pada karang lagu sebenarnya oleh kerana tiada penyanyi jadi aku jelahkan. Kesemua lagu yang aku ciptakan adalah dari kisah hidup aku. Lebih mudah untuk aku ciptakan kalau ianya ada kena mengena dengan aku. Sebenarnya aku sudah ciptakan lebih dari 20 lagu suatu saat dahulu akan tetapi masa itu zaman belum lagi canggih seperti kini makanya hilanglah semua. Aku cuma ingat sedikit dari 20 lagu itu. Namun begitu aku telah ciptakan lagi lagu baru dengan mengunakan studio. Alhamdulillah dah jejak hampir 30 buah lagu sebenarnya. Ada lagu dari Arwah Bob Sahabat aku yang belum sempat dia habiskan aku mengambil alih untuk habiskan. Selain itu aku juga ada membantu ciptakan lagu untuk orang lain. Baca juga post aku yang lain untuk ketahui belakang cerita lagu aku!
