Habisnya Makna
Lagu Pertama aku ciptakan sekian bertahun aku s senyap. Lagu ini kisahkan tentang kawan aku yang dari kecil aku mengenalnya namun dia berubah menjadi orang yang tak masuk kata dalam otak. Jadi sebenarnya lagu ini lagu kecewa dengan kawan sendiri. Walaupon bunyinya rancak tetapi maknanya hampa. Habisnya Makna kan. Kebanyakkan kawan aku betul punya suka dengan lagu ini. Andaikan saja mereka yang lalui….
Kau Surgaku
Lagu ini memang susah untuk aku bawa walaupon ianya lagu aku sendiri. Kerana aku tidak biasa nyanyikan dengan cara begini jadi sukar juga sebenarnya. Lagu yang emosi diciptakan untuk nenek aku. Waktu itu beliau di hospital kerana sakit dan keadaan yang critical. Oleh kerana aku rasa seperti sudah masa untuk kehilangannya terlahirlah lagu ni. Drama ah eh.
Cinta Pertama
Lirik yang bunyi seperti orang gila/creepy/weird dan sebagainya. Sekali lagi lagu aku ciptakan untuk bekas kekasih aku yang sukar untuk aku move on dan inilah cara untuk aku terima kenyataan. Untuk move on bukanlah perkara yang mudah. Kadang tu kita harus ciptakan sesuatu untuk kita terima.
