Aku mulakan dahulu dengan 3 awal lagu aku yang diciptakan mengunakan hanya guitar tong. Sayang…20 lebih ingat 3 je.
Sayangku
Lagu pertama aku yang berbunyi seperti irama lagu pop melayu yang zaman dahulu. Aku ciptakan lirik tanpa menulis. Spontan ah kira. Aku hanya bayangkan wajahnya lalu on recorder kat hp terus shoot je ah. Lagu ini aku ciptakan untuk cinta pertama aku saat itu dia masih lagi dimiliki. Jadi kirakan macam lagu puspa ah gitu. Dimana aku jatuh hati kepadanya namun hampa kerana sudah memiliki. Namun aku terus berharap agar bisa memilikinya suatu hari nanti. Macam nak nangis pula type ni benda. Sigh.
Terima Kasih
Dengan nada yang rock tetapi dihalusi dengam cara indo pop. Lagu ini sama juga, aku ciptakan tanpa menulis lirik. Aku ciptakan lagu ini untuk kawan Kawan aku yang masa tu seringkali ada untuk menemani hari bosanku. Aku masih ingat ketika aku ciptakan lagu ini aku di camp. Ya aku ns ketika itu. Orang semua sibuk buat kerja, aku buat lagu. Baguslah askar korang ni.
Aku Amat
Ni lagu..lagu yang begitu pilu pada aku. Nampak tak dari tadi semua mula dari tepi yang ni center aku kasi. Memang membawa sejuta luka dalam lagu ni. Spontan juga aku ceritakan tentang kisah perpisahan aku dengan Cinta Pertama aku di dalam lagu itu. Akupon kurang pasti genre apa sebenarnya. Korang boleh dengar lagu ini di soundcloud aku sebenarnya. Pandai’pandai lah cari ya.
